Harga Emas Semasa

Spot Gold26 Apr 2024 07:30
AS$ / ozAS$ / RMRM / ozRM / gram
2,331.50
+1.40
4.7775
+0.0000
11,138.74
+6.69
358.12
+0.22

Berita Harga Emas

Niaga Hadapan Emas Melantun Semula Untuk Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 20 Mac -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri penurunan selama tiga hari berturut-turut untuk ditutup tinggi pada Rabu.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2024 meningkat kepada US$2,159.50 setiap auns troy daripada US$2,156.70 setiap auns troy pada Selasa.

Kontrak bagi April 2024, Mei 2024, Jun 2024, Ogos 2024 dan Oktober 2024 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,169.70 setiap auns troy berbanding US2,166.90 setiap auns troy.

Bagaimanapun, jumlah dagangan merosot kepada 11 lot daripada 14 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 40 kontrak daripada 51 kontrak sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association pada 19 Mac, harga emas fizikal berada pada US$2,154.90 setiap auns troy.

-- Bernama


Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Berdaya Tahan Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 16 Mac -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal berdaya tahan minggu depan dalam keadaan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dan hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata susulan peningkatan permintaan terhadap logam kuning itu oleh People's Bank of China serta risiko perang teknologi di antara China dengan AS, yang boleh menyebabkan perang perdagangan dalam erti kata sebenar, harga emas kini disokong dengan baik.

"Cabaran besar untuk emas akan berlaku apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) mengeluarkan Ringkasan Prestasi Ekonomi minggu depan dengan data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) baru-baru ini membawa kemungkinan besar Fed memberi isyarat hanya dua kali pengurangan kadar faedah berbanding tiga, yang boleh menekan harga emas ke bawah," katanya.

Bagi dagangan yang baru berakhir minggu ini, kontrak niaga hadapan emas didagangkan bercampur-campur, menjejaki prestasi niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York dan dolar AS yang lebih kukuh.

Jumlah dagangan niaga hadapan emas di pasaran tempatan susut kepada 105 lot daripada 192 lot pada minggu lepas manakala kepentingan terbuka turun kepada 43 kontrak daripada 63 kontrak.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semasa Mac 2024 turun kepada US$2,173.80 setiap auns troy daripada US$2,176.10 setiap auns troy minggu lepas.

Kontrak untuk April 2024, Mei 2024, Jun 2024, Ogos 2024 dan Oktober 2024 masing-masing diselesaikan lebih rendah pada US$2,183.90 setiap auns troy daripada US$2,186.40 setiap auns troy minggu lepas.

Harga emas fizikal adalah US$2,160.80 setiap auns troy, menurut penetapan petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 14 Mac, 2024.

-- Bernama


Harga emas pecah rekod tertinggi baharu

HONG KONG, 4 Dis -- Emas mencatat rekod baharu hari ini berikutan keyakinan yang semakin meningkat bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan menurunkan kadar faedah pada tahun awal tahun depan.

Bagaimanapun, pasaran saham terjejas untuk membina isyarat positif daripada Wall Street, dengan perhatian kini beralih kepada angka pekerjaan utama AS yang akan diumumkan pada akhir minggu ini.

Jangkaan terhadap pelonggaran dasar monetari meningkat apabila Powell berkata, ia melalui 'jajaran ketat' selepas lebih setahun kenaikan yang meletakkan kos pinjaman berada pada paras tertinggi dalam tempoh dua dekad.

Pasaran saham meningkat dan dolar Amerika Syarikat (AS) kembali susut dalam beberapa minggu kebelakangan ini susulan rentetan data yang menunjukkan pasaran buruh lemah dan kelembapan dalam aktiviti ekonomi, manakala inflasi terus menurun ke arah sasaran dua peratus.

Harga emas melonjak ke paras setinggi AS$2,135 seauns pada satu ketika pada Isnin apabila peniaga bertali arus membuat pembelian aset selamat jongkong emas sejak beberapa minggu lalu susulan bermulanya perang Israel-Hamas.

a telah diberi kekuatan tambahan kerana rentetan data menunjukkan kelembapan dalam inflasi yang telah membawa kepada spekulasi bahawa Fed boleh mengurangkan kadar.

-- BHarian